Lelaki gila babi tidur tengah highway jadi viral.

Kini Perodua Myvi amat popular di Malaysia kerana ianya merupakan kenderaan yang terlaris di Malaysia . Namun penyebabnya adalah bukan dari model itu tersendiri tetapi dengan perwatakan pemandu pemandunya yang kerap kali viral di media sosial dengan perbuatan mereka yang agak keterlaluan dan pelik sehingga viral di laman sosial.



Kali ini Perodua Myvi sekali lagi menempah populariti dengan gelagat gila seorang pemandu kenderaan tersebut yang menjadikan ianya viral di media sosial. Di dalam video Kelihatan sebuah Perodua Myvi yang berhenti ditengah jalan di sebuah Highway di Malaysia yang agak sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang dengan kelajuan tinggi. Namun apabila dilihat didalam kenderaaan tersebut , terdapat seorang lelaki yang sedang tidur.

Lelaki tersebut kelihatan sedang tidur nyenyak didalam kereta tanpa penghiraukan pengguna jalanraya yang lain . Perbuatan lelaki tersebut yang langsung tidak menghiraukan keselamatan orang lain menyebabkan video tersebut menjadi viral dan lelaki tersebut dikutuk secara berjemaah oleh netizen yang menyaksikan video tersebut .



Ramai yang berpendapat bahawa lelaki tersebut berada didalam keadaan mabuk kerana tidak mungkin lelaki yang waras akan bertindak demikian dengan meletakkan kenderaan di tengah jalan dan tidur dengan begitu selesa dan nyenyak didalam kereta tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain . Ianya juga turut menarik perhatian pihak berkuasa untuk mengesan kenderaan yang tidak bertanggungjawab tersebut.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!