(review)Forged Racing Boy sekali lagi dilanda kontroversi, adakah ianya berbaloi?

Sukan permotoran di Malaysia kini semakin menarik dengan kehadiran Y15ZR dan supercub lain yang kerap kali viral di media sosial dengan kontroversi kontroversi yang melanda jentera tersebut. Ianya amat popular sehinggakan beberapa orang artis turut terjebak dengan membeli supercub dan ditayangkan di media sosial yang menyebabkan ianya semakin mendapat perhatian peminat peminat supercub tersebut.



Namun apa yang menjadi kontroversi utama mengenai supercub adalah beberapa alatgantinya yang agaj tidak masuk akal. Jika dulu, fenomena 2 lejang menjadi raja jalanan, namun kini tiba masanya pula 4 lejang mengambil alih dengan pelbagai teknologi baru dan maju jentera 4 lejang yang sehingga kini masih lagi dikaji untuk mengeluarkan kuasa semaksima mungkin berbeza dengan 2 lejang yang dianggap sebagai agak ketinggalan dan tidak mempunyai teknologi sehebat 4 lejang.

Beza modal pembikinan antara dua jentera tersebut menjadikan arena permotoran semakin viral dan menarik hingga kini. Namun lain pula yang berlaku kali ini apabila viralnya di media sosial penjualan rim kapchai Racing Boy yang dikecam teruk oleh orang ramai kerana ianya terlalu mahal dan seolah olah ada pihak yang sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.



Namun adakah berbaloi sekiranya anda ingin membeli rim tersebut dengan harga 4000 – 6000 ringgit? semestinya tidak kerana harga sebenar rim tersebut adalah jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan oleh dealer dealer facebook yang menaikkan harga ketaraf yang tidak masuk akal . Apakah beza dari segi prestasi pula? sememangnya rim tersebut libih ringan dari rim asal akan tetapi ianya tidaklah seringan yang disangka. Ianya lebih ringan sekitar 15% dari rim sama saiz yang lain.

Dari segi kecantikan pula, ianya agak cantik untuk dipandang dan agak menarik dari segi bentuknya dan warnanya yang jarang ada pada rim biasa. Berdasarkan dari beberapa faktor ini adalah iannya berbaloi? tepuk dada tanya selera dan pocket sendiri, jangan kerana mengejarkan gelaran idola, sanggup ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Namun sekiranya anda ingin membeli rim ini , dinasihati supaya membeli dengan penjual yang bukan hanya cuba untuk mengaut keuntungan semata mata dan jangan ditipu dengan penjual yang menjual harga yang tidak masuk akal.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!