Dalam Kepala Tokti Hanya Teringatkan Aafiyah Mahu Susu Sepanjang Kayuhan Basikal Sejauh 72 km

Jutaan peminat Dato’ Siti Nurhaliza sudah tentu tahu hobi terkini Tok Ti buat masa sekarang adalah mengayuh basikal. Aktiviti ini boleh dikatakan setiap minggu Siti akan mengemaskininya di laman Instagram kepunyaan beliau.

Baru-baru ini, Tok Ti telah berjaya tamatkan kayuhan basikal sejauh 72Km dalam acara RHB Langkawi Ride 2019.

Malah, Dato’ Siti juga berjaya menduduki tempat ke-22 dari sejumlah 1000 jumlah penyertaan.

Menurut beliau, pada awalnya beliau hanya mahu menyertai acara 25Km. Namun setelah dipujuk oleh pasukan, beliau bersetuju untuk menghabiskan 72Km kayuhan.

Menurutnya lagi, di sepanjang kayuhan beliau hanya memikirkan puteri comelnya, Aafiyah.

Berikut adalah kenyataan beliau di Instagram.

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii..

Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..

Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ .. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu)

Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) ..

Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah..

Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan….

Not bad uhh!! Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019 #jomcarikakiibuaafiyah

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!