‘Sepanjang Jalan Orang Asyik Bunyikan Hon, Aku Hampir Menangis, Rupanya Suami Buat Suprise’

Kali ini kami ingin kongsikan kisah sweet seorang suami yang buat kejutan hari jadi untuk isterinya. Jom baca!

Haha sweet sampai nak menangis si isteri 😂

Kisah Sweet Yang Berlaku Semalam 25.1.2018

Oh My God!! Hahaha!! Pagi semalam aku keluar rumah nak pergi kerja, tapi yang aku pelik semasa memandu, setiap kenderaan tak kira lah motor atau kereta akan Hon aku!!

Aku Cuakk beb. Aku confuse ape yang tak kena dengan cara aku memandu, dah lah setiap kereta yang hon pada aku tu siap angkat dan lambai tangan sambil tersenyum manis lagi.

Aku pun buka lah tingkap naka dengar apa diorang cakap, mungkin nak beritahu tayar aku pancit, atau bonet belakang kereta terbakar ke..

Sumpah aku cuak giler sepanjang jalan orang bunyikan hon hingga aku dah rasa nak menangis wehh

Sampai simpang jalan aku berhenti tengok ada apa dengan kenderaan aku sampai semua orang bunyikan Hon.

Hahahahaha!!! Maluuuu nyeeee bieee oii….orang yang berhenti nak beli nasi lemak tepi jalan tu pun menjerit HAPPY BIRTHDAY!!

Perasaan cuak tadi bertukar jadi happy sebab sporting giler orang kat malaysia ni wehhh…hahaha ..maluu nyee

Suami ku punye kerja..patutla pepagi tadi keluar rumah ingatkan nak pergi sembahyang subuh kat masjid

suwiiittt sangattt! hahha

Dah baca? Sweet sangat kan? Harap suami-suami di luar sana bolehla buat kejutan seperti ini untuk isteri masing-masing pula.

*Kami tidak dapat pastikan sumberasal. Perkongsian ini adalah dari sumber tertera.

Sumber : Buletin Terkini via MediaOhsem

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!