Dry clutch vs Wet Clutch. Kelebihan dan kekurangan

Kini pengubahsuaian motosikal telah mencapai satu tahap yang mana duit bukan lagi menjadi alasan bagi kaki permotoran di Malaysia terutamanya motosikal . Kini , meskipun harga barangan yang dimodifikasi mencecah ribuan ringgit, Namun ianya tetap laris dijual di Malaysia dan tidak menjadikan harga tinggi sebagai alasan untuk tidak terjual.



Ianya boleh dilihat dengan barangan aftermarket seperti superhead dan beberapa lagi barangan untuk meningkatkan prestasi jentera yang dijual dengan begitu mahal namun boleh dilihat di media sosial bahawa ianya laris dan tidak menjadi masalah bagi peminat untuk membeli dan menggunakan barangan tersebut untuk mempertingkatkan prestasi jentera masing masing .

Jika dahulu penggunaan dry clutch hanya boleh dilihat di jentera 2 lejang 90an , dan pada 2000 hingga kini , kebanyakan dry clutch hanya boleh dilihat pada jentera Ducati yang masih menggunakan dry clutch sebagai spec kilang mereka. Jika dahilu , ianya boleh dilihat pada NSR250, TZR 250, RGV 250, namun kini jentera jentera tersebut hampir pupus dan amat jarang dilihat diatas jalanraya.



Kini dry clutch juga diperkenalkan kepada jentera Y15ZR sebagai barangan aftermarket yang dianggarkan bernilai lebih 1500 ringgit Malaysia. Namun apakah kelebihan dan kekurangan dry cluth ini sebenarnya berbanding wet clutch biasa?

Iya dry clutch sememangnya adalah lebih berprestasi berbanding wet clutch namun ianya sebenarnya tidak mendatangkan apa apa kelebihan pada jentera biasa di jalanraya. Ianya digunakan di jentera motoGP kerana didalam arena motoGP , setiap saat setiap kelebihan walaupun berbeza amat sedikit adalah dikira kerana arena tersebut adalah amat sengit.

Namun ramai yang berminat dengan dry clutch kerana dry clutch kebiasaannya mengeluarkan bunyi yang ikonik (rattling) seperti yang berada di jentera Ducati . Bunyi dry clutch sememangnya agak bising akan tetapi ramai peminat yang suka bunyi tersebut meskipun bunyi tersebut seolah olah bunyi enjin yang bermasalah .



Dry clutch tidak digunakan didalam jentera jalanan kerana maintenance dry clutch yang agak tinggi. bayangkan anda perllu menukarkan clutchplate bagi dryclutch setiap 15000km dan ianya juga lebih mahal berbanding wet clutch . Prestasi dryclutch dan wet clutch juga kini hampir sama sehinggakan penunggang tidak dapat merasakan bezanya antara 2 jenis clutch tersebut.

Namun ianya tetap digemari oleh orang ramai kerana bunyi yang ikonik tersebut lebih menarik perhatian apabila digunakan di jentera mereka. Jika diberi pilihan, kebanyakan pengguna masih memilih dry clutch meskipun ianya agak mahal dan tidak berbaloi.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!