Kenapa Y15ZR, R25 tak ada VVA?

Kini viral di media sosial mengenai jentera baharu daripada Yamaha yang menggunakan teknologi terkini dari kompani tersebut iaitu VVA atau variable valve actuator bagi enjin SOHC Yamaha yang meningkatkan prestasi, redline , dan penjimatan dari segi bahan bakar dengan menjadikan enjin SOHC Yamaha lebih efisyen berbanding dengan enjin dari jenama yang lain.



Akan tetapi sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru kerana VVA adalah salah satu sistem variable valve timing yang pernah digunakan Honda seperti V-TEC , MIVEC bagi mitsubishi , VVT bagi Toyota dan beberapa lagi nama lain yang berbeza mengikut jenama namun secara teknikalnya sama.

Setakat ini hanya 3 jentera Yamaha Malaysia yang diketahui menggunakan sistem ini kerana VVA setakat ini diperkenalkan kepada enjin Yamaha SOHC sahaja. VVA diperkenalkan pada YAMAHA r15, NMAX, NVX sahaja di Malaysia, Manakala di Indonesia dan negara lain ianya diperkenalkan di beberapa model seperti Vixion R, M-SLAZ, MT-15 yang tidak dipasarkan di Malaysia.



Sebelum ini ura ura mengharapkan bahawa VVA diperkenalkan kepada Y15ZR akan tetapi ianya jelas tidak berlaku. Jika dilihat dengan teliti , Masalah utama untuk memasukkan enjin VVA155 dalam enjin jentera tersebut adalah ruang. Ruangan jentera Y15 kelihatan agak sempit untuk memuatkan enjin VVA 155 selain dari kos yang akan meningkat sekiranya enjin tersebut diletakkan kedalam Y15ZR.

Yamaha mungkin mengekalkan enjin tersebut kerana harga Y15ZR akan menjadi lebih mahal sekiranya dilengkapi dengan VVA. Selain itu ianya mungkin akan dapat menewaskan R15 dan ianya menjadikan jualan R15 mungkin merosot akibat dari perkara tersebut. Pada enjin R25 pula , R25 menggunakan sistem DOHC dan ianya mungkin masih belum diimplentasikan keatas enjin DOHC oleh Yamaha.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!