Cukuplah, Malam Tadi Adalah Waktu Untuk Aku Sekeluarga Bergegas Keluar Dari Daerah Pasir Gudang Ini

KL – Pembuangan sisa toksik tidak terawat, berisiko menghasilkan tindak balas kimia seperti keba karan dan letu pan, sekali gus mengancam persekitaran dan nya wa manusia serta hidupan lain. Demikian penjelasan dari Pensyarah Kimia di Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mohd Rizal Razali. Beliau berkata, sisa toksik yang mengandungi bahan ki mia seperti Benzene dan Hydgrogen Cya-nide misalnya, amat berbahaya apabila bertindak balas dengan bahan kimia lain atau pun jika disentuh.

“ Hydrogen Cya nide adalah bahan yang sering digunakan dalam industri besi, dan merupakan bahan kawalan yang diguna untuk buat bom juga, sebab ia boleh membunuh (poisonous), ia cepat meresap.

“ Pendedahan kepada Benzene dalam tempoh berpanjangan pula boleh menyebabkan kanser, kerana sifatnya yang karsinogenik (penyebab kan ser). Bahan seperti ini sudah lama tidak digunakan di makmal penyelidikan,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Sinar Harian

Lelaki Ini Bawa Keluarga Dia Keluar Dari Pasir Gudang Dengan Segera


Kisah dibawah dipetik dari laman facebook Zulkhairie Khodir . Beliau menceritakan kenapa beliau bawa keluarga beliau keluar dari Pasir Gudang selepas kejadian pencemaran kimia terjadi.

Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.
” Seriuslah kes ini. Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cya nide bukan biasa biasa boss!

” Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cya nide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.

” Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Na zi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembu nuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.

” Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cya nide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.

” Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Haa macam itulah.

” Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan “Acrylonitrile” bukanlah pertama kali aku dengar. Projek final year kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.

” Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cya nide tu.

” Kalau hangpa nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Gila betul kan siapa yang buang ini?
” Nak bagitau sifat gas Cya nide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan.

” Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.

” Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang weihhh.

” Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).

” Sahabat warga Pasir Gudang,

” Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat. Buat sementara waktu sahaja.

” Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.

” Senang nak bagi faham macam ini:

” Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?

” Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini.

” Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.

” Rata rata bersetuju dengan tindakan Zulkhairie Khodir membawa keluarga beliau. Tidak perlu untuk mengambil risiko.” Samada dakwaan beliau ada benar atau tidak, belum dapat kepastian dari pihak berkenaan. Status beliau mendapat 2100 perkongsian sejak beliau kongsikan di laman sosial 2 jam yang lepas.

Sumber

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!