TMJ Luah Rasa Pelik Seperti Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Isu Pencemaran Sungai Kim Yang Melibatkan Kebanyakan Sekolah

TMJ bersuara lagi, luah rasa pelik seperti ada ‘sesuatu’ tidak kena dengan isu pencemaran Sungai Kim yg melibatkan sekolah

Gara-gara kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, seramai 106 orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berhubung berhubung isu berkenaan.

TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas. Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.

Lagi sekali Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan sesuatu pelik berkenaan pencemaran sehingga tertutupnya sekolah.

TMJ RASA ADA SESUATU YANG PELIK TERJADI
Di dalam Twitter rasmi TMJ, beliau menyatakan mengapa hanya sekolah yang terlibat sedangkan banyak kawasan perumahan yang lebih hampir dengan aliran Sungai Kim.

“ Saya pun pelik. Macam ada sesuatu. Contoh mengapa sekolah sekolah sahaja yang affected? Sedangkan ada juga rumah rumah yang lebih dekat daripada sekolah yang berhampiran sungai tersebut.” – TMJ

Soalan itu diretweet sebanyak hampir 900 kali sejak dimuat naik pada pukul 5.13 petang hari ini.

Saya pun pelik. Macam ada sesuatu. Contoh mengapa sekolah sekolah sahaja yang affected? Sedangkan ada juga rumah rumah yang lebih dekat daripada sekolah yang berhampiran sungai tersebut. https://t.co/VouTl1RBhu

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 13, 2019

Ada netizen yang menjawab pertanyaan TMJ tersebut. Mereka menyatakan kebanyakkan pelajar yang terbabit adalah yang duduk di kelas tingkat atas sekolah.

Sebab kenapa kawasan perumahan tidak kena adalah kerana aliran angin. Rumah selalunya tertutup dan tidak terdedah manakala di sekolah bilik bilik darjah lebih terbuka.

Sekolah berada dlm keadaan yang terbuka dan bertingkat. Sedangkan rumah masih boleh ditutup rapat ttp ada juga yang affected seperti ibu saya dan kucing jiran yang mati. Flat/apartment di tingkat atas juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati krn udara dia atas lebih tercemar.

— I am (@FasihaOmar) March 13, 2019

Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) percaya insiden gelombang kedua pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor Bahru adalah disebabkan pergerakan tiupan angin selain cuaca panas di kawasan berkenaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya telah mengenal pasti bahawa sistem pengudaraan di sekitar kawasan tersebut kembali pulih selepas pemantauan bacaan gas kimia di Sungai Kim Kim yang tercemar itu berada pada tahap selamat.

“ Saya difahamkan tindakan untuk membersihkan sungai tersebut daripada sisa toksik memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia merupakan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan dan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran membersihkan sungai itu secara keseluruhannya.

“ Oleh itu, kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai lagi menjadi mangsa pencemaran sisa toksik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 melibatkan 146 pegawai dan anggota JBPM Negeri Perak di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, seramai 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata punca kebakaran sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini pada 20 Feb lepas akan diketahui tidak lama lagi.

Katanya siasatan yang dilakukan oleh pasukan forensik telah menemui beberapa bukti mengenai punca sebenar berlakunya kebakaran itu yang telah meragut enam nyawa.

“ Saya percaya hasilnya akan dikeluarkan tidak lama lagi kerana indikatornya sudah ada, sudah ada bukti-bukti tertentu tetapi kita ‘zoom in’ untuk memastikan punca sebenar berlakunya kebakaran,” katanya. Dalam kejadian itu, enam termasuk tiga warga asing maut dalam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di sini yang berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi.

Sumber

 

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!