(video) Peminat fanatik peluk Asad Motawh adalah publisiti semata mata?

Viral di media sosial dan internet bahawa As’ad Motawh yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Selangor, Malaysia telah dipeluk oleh peminat diatas pentas yang terlepas naik keatas pentas sewaktu persembahan beliau sebelum dileraikan oleh pengawal yang berada ditempat tersebut.

Betikutan dengan video tersebut yang viral, dilihat seperti kejadian tersebut telah dirancang apabila sekiranya dilihat dengan teliti seolah olah Asad langsung tidak terkejut dengan situasi tersebut dan terlebih dahulu perasan dan seolah menunggu dirinya dipeluk oleh seseorang menurut pendapat beberapa orang netizen yang melihat video tersebut.

Boleh dilihat juga gadis yang memeluk asad itu seolah sudahpun merancang perkara tersebut apabila cara dan muka gadis tersebut ditutup dengan teliti dan langsung tidak nampak didalam video yang viral selain tiada rakaman lain yang boleh dilihat melainkan satu video yang sama sahaja yang merakamkan Asad dipeluk oleh peminat.

Selain itu ramai juga yang menganggap perkara tersebut cukup memalukan dan hanya merupakan publisiti murahan untuk meraih perhatian walhal tidak ramai orang yang mengenali Asad dan kali pertama mengenali penyanyi tersebut setelah videonya tular di media sosial dan mendapat perhatian umum.

Ianya cukup memalukan dan perkara tersebut dikutuk orang ramai yang menganggap Asad dan peminatnya sebagai syok sendiri sedangkan dia tidak sepopular justin bieber akan tetapi kejadian tersebut seolah olah kejadian yang berlaku pada justin bieber pada suatu ketika dahulu.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!