PH gagal bukan kerana manifesto tetapi kerana Mujahid , Waythamoorty , dan tidak sensitif dengan Islam dan hak Melayu.

Selepas Semenyih APA berlaku dalam PH?

Setelah kekalahan mengejutkan di Semenyih (kerusi PPBM), ianya seakan ‘wake up call’ kepada PH dan jika di kaji situasi di PRK akan datang di Dun Rantau, ianya hanya akan mengukuhkan lagi kekuatan pembangkang. BN pasti menang dengan lebih gah. Kenapa? Sebabnya soal pemilihan calon PH dalam PKR pun sudah hiruk-piruk, belum lagi berkaitan perkara lain-lain. Maka setelah 2 kekalahan PRK ini nanti, penyokong DSAI mempunyai peluru cukup padu untuk memberi tekanan kepada Tun M supaya menyerahkan kerusi empuk PM mengikut perjanjian yg termenterai dan jika mengikut kehendak hati mereka, lebih awal itu lebih baik atau Tun M bakal berdepan dengan kekalahan PH dalam PRU-15 ataupun undi tidak percaya di Parlimen.



Namun, saya berpendapat Tun M yg diketahui tidak pernah tunduk kepada tekanan musuh-musuhnya akan menggunakan kekalahan di Semenyih dan Rantau nanti sebagai modal bagi mengukuhkan lagi cengkaman kekuasaan beliau. Cthnya dgn melakukan rombakan kabinet, membuang mereka yg tidak ‘perform’ dan tentunya mereka yg tidak setia kepada beliau bagi meningkatkan kembali keyakinan rakyat kepada PH. Kenapa tidak? Ramai menteri PH yg menjengkelkan di mata rakyat sekarang ini.

Berdasarkan sejarah politik, apabila Tun M bertindak,sokongan yg diperlukan beliau sudah tentu mencukupi, plan B, C dan D sudahpun tersusun, maka beliau tidak akan berhenti sehingga matlamatnya tercapai. Tetapi persoalannya, apakah matlamat Tun M yg sebenarnya? YBM Ku li menyatakan ramai mendoakan supaya Tun M kekal sihat bagi mengelakkan malapetaka politik yg lebih besar berlaku di negara ini, saya jua bersetuju dengan pendapat ini atas kapasiti sebagai satu-satunya pemimpin yg mempunyai AURA & KARISMA yg menyatukan dalam PH ketika ini. DSAI jua hebat AURA nya tetapi bezanya desas-desus kuat berlegar yg status quo beliau di PKR pun ada cabarannya, jika tidak masa kan ayam tambatan beliau boleh kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini?



Netizen dan rakyat Malaysia dilihat sudah muah dengan sikap pemimpin pemimpin Pakatan Harapan yang agak teruk dan sombong bila mendapat kuasa . Netizen berpendapat , Tun Mahathir sendiri tidak sedar dan masih membela menteri meteri Pakatan Harapan meskipun mereka jelas melakukan kesalahan yang besar dan langsung tidak membuat tindakan dan netizen menganggap Mahathir sebagai ‘tunggul kayu’ sahaja. menurut kebanyakan netizen.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!