Bayi viral diculik dari rumah pengasuh ditemui dirumah pengasuh tidak lagi bernyawa.

Seorang bayi dilaporkan hilang dan diviralkan di media sosial semalam pada 3/7/2018 . Akibat dari keperihatinan netizen tentang bayi tersebut. Ianya menjadi viral di seluruh laman sosial meminta mencari bayi tersebut beserta beberapa keping gambar bayi tersebut dan beberapa keping gambar pengasuh yang mendakwa bahawa bayi tersebut telah diculik.



Menurut ibu bayi tersebut , bayi tersebut telah diletakkan dirumah pengasuh dan menjadi kecoh apabila ibu bayi tersebut mendapat mesej daripada pengasuh bayi tersebut mengatakan bahawa bapa bayi tersebut telah mengambil bayi tersebut dari pusat asuhannya namun didakwa bahawa lelaki yang mengambil bayi tersebut adalah bukan bapa kepada bayi tersebut.

Pada awalnya dikatakan bahawa bayi tersebut telah diculik oleh orang yang tidak dikenali dirumah pengasuh namun lain pula yang terjadi apabila media tempatan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa bayi tersebut telahpun dijumpai dalam keadaan yang tidak bernyawa dirumah pengasuhnya.



Tiada apa apa penjelasan dari pihak berkuasa pada masa kini namun viral sebuah video di laman sosila bahawa pihak berkuasa telah megambil mayat bayi tersebut dari rumah pengasuh yang sebelum ini mengatakan bahawa bayi tersebut telah diculik oleh orang lain .

Netizen mula melemparkan pelbagai tanggapan terhadap kes tersebut kerana ianya amat menimbulkan kesangsian apabila mayat bayi tersebut dijumpai di rumah pengasuh tersebut . Ianya juga mungkin kes dera namun mungkin segalanya akan jelas apabila pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan esok.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!